Distortion 2003
Hujung minggu yang berjerubu.
Apa lagi yang boleh dilakukan selain mengemas rumah dan "harta karun" yang lama terbiar.
Terjumpa lak aku dengan pas Konsert Distortion 2003.
Zaman kegemilangan musik underground sebelum beralih ke dunia mainstream. Dulu-dulu musik begini lebih dikenali dengan "Underground" namun kini lebih kepada DIY.
Konsert ini yang bagi aku menampilkan 2 band yang begitu power yang berbeza genre muzik nya iaitu Koffin Kanser dan juga Pop Shuvit selain band yang lain seperti OAG,Naked Breed,Flop Poppy,Love Me Butch, Pretty Ugly, Gerhana Skacinta, Qings & Kueens dan Seven Collar T-shirt.
Konsert yang aku kira akan menjadi gempak...namun sebaliknya aku kecewa dengan jumlah kehadiran penonton yang begitu sedikit dan mutu persembahan band yang ditunjukkan.
Persembahan seolah-olah berada di "gig" dan paling mengecewakan aku dengan band yang paling aku tunggu iaitu Koffin Kanser. Kecewa!
Bagaikan tidak bersemangat dan tidak bersedia Koffin Kanser ketika itu.
Bagi aku persembahan Pretty Ugly memang patut dipuji walaupun tali gitar pemain gitar utama putus...namun mereka masih mampu mengawal keadaan.
Konsert Distortion 2003 berlangsung 6 Disember di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Artikel Daripada Utusan Melayu.
KONSERT Distortion 2003 yang berlangsung 6 Disember lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sepatutnya menjadi konsert terhebat tahun ini.
Ia bukan sekadar konsert penutup tirai terbesar 2003 tetapi ia turut menghimpunkan 14 kumpulan rock tempatan dalam satu masa.
Malah, Utusan Malaysia difahamkan konsert yang menelan kos hampir RM500,000 anjuran Samanea PR Sdn. Bhd. itu juga boleh disifatkan antara termahal dianjurkan pada tahun ini.
Namun, sambutan dingin para peminat muzik rock tempatan menyebabkan konsert dari pukul 6 petang hingga 11.55 malam itu menjadi tidak meriah.
Perkara itu dapat dilihat apabila tidak sampai 1,000 penonton menyaksikan konsert tersebut meskipun Stadium Merdeka mampu menampung kapasiti kira-kira 40,000 orang.
Utusan Malaysia sempat bertemu Pengarah Urusan Samanea PR Sdn. Bhd., Aisha Rashid, untuk mendapatkan komennya berhubung sambutan dingin konsert tersebut.
``Pada mulanya kami menjangkakan 15,000 penonton hadir pada malam ini. Antara sebab penonton tidak ramai kerana kebetulan hari ini ada tiga konsert serentak.
``Antaranya, Festival Jazz Antarabangsa Philips 2003 di Bukit Kiara dan dua lagi konsert di Bukit Bintang serta Ampang.
``Malah, kebanyakan kumpulan yang mengadakan persembahan pada malam ini juga akan beraksi sekali lagi pada Konsert Rock The World yang akan diadakan pada 20 Disember ini di bangunan Pan Global di KL. Ini juga menjadi faktor konsert malam ini kurang mendapat sambutan,'' kata Aisha ketika ditemui semasa konsert itu berlangsung.
Menurut Aisha, pihaknya telah memperuntukan hampir RM80,000 untuk mengiklankan Distortion 2003 di media massa dan elektronik.
``Iklan konsert ini telah disiarkan di beberapa akhbar, majalah dan juga dua stesen radio tempatan. Malah, kami turut mencetak lebih 10,000 keping flyer dan poster untuk tujuan promosi,'' ujar Aisha.
Tambah Aisha lagi, meskipun Distortion 2003 yang mengenakan bayaran tiket RM35 itu kurang mendapat sambutan, namun ia tidak mematahkan semangat Samanea PR Sdn. Bhd.
``Ini adalah konsert pertama yang kami anjurkan. Tujuan kami mengadakan konsert ini pun adalah untuk memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan muzik underground tempatan menunjukkan bakat mereka.
``Selain itu, konsert ini juga boleh dianggap sebagai suatu penghargaan kepada pemuzik terbabit. Buktinya, kami membayar RM8,000 kepada setiap kumpulan walaupun mereka mengadakan persembahan selama kira-kira 20 minit sahaja.
``Walaupun kurang sambutan tetapi kami akan terus menganjurkan konsert pada masa akan datang. Banyak yang kami telah pelajari daripada pengalaman ini,'' kata Aisha lagi.
Kumpulan-kumpulan yang beraksi pada malam itu ialah Qings & Queens, 7 Collar T-Shirt, Exists, Gerhana Ska Cinta, Prana, Damn Dirty Apes, Pop Shuvit, Nakeed Breed, Flop Poppy, Pretty Ugly, OAG, Koffin Kanser, Love Me Butch dan Nerve Wreck.
Distortion 2003
Reviewed by Admin
on
10:42:00 PG
Rating:
Reviewed by Admin
on
10:42:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: